Marcos Pontes
Marcos Pontes

Marcos Pontes

Marcos Cesar Pontes (lahir 11 Mac 1963) ialah seorang jurutera, penerbang dalam Angkatan Udara Brazil serta angkasawan Brazil. Beliau merupakan angkasawan pertama dari benua Amerika Selatan; beliau pada asalnya mengikuti program latihan NASA namun bertukar rancangan kepada Roskosmos berikutan masalah logisitik dihadapi dalam persetujuan Agensi Angkasa Brazil bersama NASA. Dalam Roskosmos ini jugalah beliau menaiki Soyuz TMA-8 menjalani program angkasawannya pada 30 Mac 2006.Beliau menerima calonan jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi oleh Jair Bolsonaro berikutan kemenangan Jair diundi sebagai Presiden Brazil pada tahun 2018.[2][3]

Marcos Pontes

Status Bersara[1]
Lahir Marcos Cesar Pontes
(1963-03-11) 11 Mac 1963 (umur 57)
Bauru, São Paulo, Brazil
Pekerjaan Penerbang pejuang, angkasawan
Tesis Polarization effects on infrared target contrast (1989)
Didahului oleh Gilberto Kassab
Pangkat Leftenan kolonel
Tandatangan
Bidang Kejuruteraan sistem
Penasihat akademik Alfred W. Cooper, David D. Cleary (tesis)
Parti politik PSL (2018–kini)
Kesetiaan Brazil
Sekutu gabunganpolitik lain PSB (2013–2018)
Tempoh di angkasa 9 hari 21 jam 17 minit [1]
Perkhidmatan/cawangan Angkatan Udara Brazil
Misi Soyuz TMA-8,
Missão Centenário, Soyuz TMA-7
Pemilihan 1998 NASA Group
Presiden Jair Bolsonaro
Laman web www.marcospontes.com
Lambang misi